Korupsi dan Tamadun
Pembuka kata, mula bicara. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kini negara sedang mengejar cita-cita, Cita-cita untuk rakyat jelata, Tetapi 'in silence', fenomena korupsi kian beraksi, Semakin menjadi dan tanpa solusi. Kerana korupsi, Kehidupan rakyat tidak terbela, Yang kaya terus kaya, Yang papa terus derita, Kerana korupsi, empayar Rome mendapat bencana. Hari ini, Empayar Rome hanya tinggal pada nama. Di Malaysia, Saya cukup berbangga, Apabila kempipinan berintegriti menjadi asas utama. Wahai sahabat dan kawan kawan, Mari kita bermuhasabah diri, Menilai isu yang berlaku hari ini. Ya, Dunia hari ini sememangnya diakui 'hebat', Dari segi pembangunan materialnya sungguh memikat, Ya Benar ! Persaingan merebut kekayaan memang berlaku dimana sahaja, Namun sahabat dan rakan-rakan, Adakah kita layak dikatakan manusia dan bangsa yang bertamadun, Sekiranya amalan moral tidak turut sama diadun ? Bertamadunkah kita ? Sekiranya pemba...