Hari ini, Ilmu kita telah miliki, Persoalannya, adakah ia sudah diaplikasi ? Selaras dengan apa yang kita pelajari, Sila jawab saudara saudari. Ilmu sudah tersedia untuk mereka yang sedia mencari. Kita sedar, ilmu manusia hanya setitis, Berbanding ilmu Tuhan yang selautan. Kita putarkan kembali sejarah, Imam As-Shafie sanggup menggunakan pelepah kurma, Semata-mata untuk menulis, Sungguh puitis, membuat aku rasa untuk menangis, Tetapi, dengan perngorbanan beliau, Beliau berjaya menghasilkan 174 kitab sepanjang riwayatnya. Hari ini, kita berbeza Kita begitu berbangga dengan segulung ijazah, Kononnya itulah lambang orang berilmu dan berhikmah. Ramai dikalangan kita yang tahu membaca, Tetapi ramai tidak mengenal huruf, Ramai yang tahu mengira, Tetapi ramai tidak mengenal angka, Dan ramai yang mengaku tahu menulis, Tetapi tidak pernah ideanya kritis. Hari ini, Saya begitu sedih, Sedih dengan reaksi orang kita yang kata Bahasa Melayu ...